Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ombak 5 meter: Operasi feri Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah dihentikan
  • NASIONAL

Ombak 5 meter: Operasi feri Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah dihentikan

Utusan Sarawak 8 months ago

Ombak setinggi lima meter menyebabkan semua feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Kedah dihentikan hari ini. - Foto ihsan Ferrylines Ventures

ALOR SETAR; Sebanyak 10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihentikan hari ini berikutan keadaan ombak sekitar lima meter yang membadai perairan Kuala Kedah.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata sebanyak empat feri dari laluan Langkawi ke Kuala Kedah terlibat yang membabitkan 2,154 penumpang.

“Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada pukul 10.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak enam feri terlibat yang membabitkan 1,791 penumpang.

“Feri yang terlibat adalah pada pukul 9.30 pagi, 10.30 pagi dan 11.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi penumpang yang terjejas, mereka boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan dengan pihak pengurusan feri.

“Feri tambahan akan disediakan di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis tertakluk kepada keupayaan terminal berkenaan menerima jumlah penumpang serta paras air yang selamat,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: KKM sahkan kesan satu kes positif Mpox semalam – KP Kesihatan
Next: Zakaria Shaaban Ketua Pengarah Imigresen baharu, Ruslin terajui AADK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.