Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Omar Mahli dilantik Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak baharu 
  • SEMASA

Omar Mahli dilantik Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak baharu 

Utusan Sarawak 5 months ago

TAHNIAH... Datuk Dr. Anesee Ibrahim menyampaikan watikah pelantikan kepada Omar Mahli (tengah).

KUCHING: Omar Mahli sah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) yang baharu bagi menggantikan Datu Dr Azhar Ahmad yang bersara baru-baru ini. 

Omar yang berasal dari Serian sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di JPNS.

Menurut sumber JPNS ketika dihubungi, pelantikan itu berkuatkuasa 2 Disember ini.

Watikah pelantikan beliau diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Anesee Ibrahim. 

Dr Azhar telah bersara wajib selepas memegang jawatan tersebut hampir lima tahun.

Beliau pertama kali dilantik pada akhir 2018 hingga Mac 2020, kemudian dilantik semula dari Mac 2022 hingga kini.

Sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai Pengarah JPN Sarawak, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan, terutama dalam pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di semua sekolah rendah di Sarawak.

Dr Azhar telah mencurah bakti dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: JPS dipecah dua, unit baharu ditubuh – Abang Johari
Next: SAREX24 asah bakat e-sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.