Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Olimpik 2024: Jurulatih bola sepak Kanada dihantar pulang
  • GLOBAL

Olimpik 2024: Jurulatih bola sepak Kanada dihantar pulang

Utusan Sarawak 10 months ago
JURULATIH Bev Priestman telah digugurkan daripada pasukan kerana penggantungannya oleh Canada Soccer.

PARIS: Kanada menghantar pulang jurulatih bola sepak wanita mereka dari Sukan Olimpik berikutan dakwaan penggunaan dron untuk mengintip pihak lawan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Kanada, juara bola sepak wanita Olimpik Tokyo sebelum ini dilaporkan menghantar pulang dua kakitangannya kelmarin, selepas menggunakan dron untuk mengintip latihan New Zealand di Perancis.

Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan jurulatih Bev Priestman telah digugurkan daripada pasukan kerana penggantungannya oleh Canada Soccer.

“Sejak 24 jam lepas, kami menerima maklumat tambahan mengenai penggunaan dron terhadap lawan, sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.

“Susulan pendedahan baharu ini, Canada Soccer membuat keputusan untuk menggantung Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita, Bev Priestman untuk baki Sukan Olimpik Paris 2024 dan sehingga selesai siasatan,” kata ketua eksekutif Canada Soccer, Kevin Blue.

Penolong jurulatih Andy Spence akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih untuk baki Sukan Olimpik ini.

Kanada menewaskan New Zealand 2-1 dalam perlawanan pembukaan mereka, semalam. Priestman telah menarik diri daripada melatih pasukan itu, kelmarin. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Bintang tenis Kazakhstan Elena Rybakina tarik diri dari Olimpik   
Next: Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.