Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nvidia jangka kerugian AS$5.5 bilion susulan sekatan baharu AS ke atas eksport cip ke China
  • GLOBAL

Nvidia jangka kerugian AS$5.5 bilion susulan sekatan baharu AS ke atas eksport cip ke China

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

SAN JOSE, California: Syarikat gergasi pembuatan cip, Nvidia, menjangkakan kerugian sehingga AS$5.5 bilion pada suku kewangan semasa, selepas kerajaan Amerika Syarikat memperketatkan lagi sekatan eksport terhadap cip kecerdasan buatan (AI) ke China.

Dalam pemfailan kepada pihak berkuasa kawal selia, Nvidia memaklumkan bahawa cip H20 — versi cip AI berprestasi tinggi yang telah diubah suai khusus untuk pasaran China agar mematuhi peraturan sedia ada — kini turut memerlukan lesen eksport khas.

Sekatan baharu itu dilaksanakan bagi menghalang penggunaan cip semikonduktor canggih dalam program superkomputer China, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Cip keluaran Nvidia secara meluas dianggap sebagai komponen kritikal dalam pembangunan teknologi AI, termasuk oleh syarikat-syarikat teknologi utama China.

Syarikat itu menjelaskan bahawa anggaran kerugian AS$5.5 bilion itu melibatkan pelarasan inventori, komitmen pembelian serta rizab berkaitan produk H20.

Antara syarikat China yang dilaporkan membuat tempahan besar bagi cip itu awal tahun ini termasuk ByteDance, Alibaba dan Tencent — menjangkakan sekatan yang lebih ketat oleh Washington.

Menurut laporan portal teknologi The Information, jumlah keseluruhan tempahan bagi cip H20 dalam suku pertama tahun ini sahaja dianggarkan melebihi AS$16 bilion — angka yang mengatasi kapasiti pengeluaran Nvidia untuk cip itu. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan pos Hong Kong gantung penghantaran mel ke AS
Next: Rumah Putih umum China berdepan tarif hingga 245 peratus akibat tindak balas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.