Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pelumba basikal Colombia meninggal dunia susulan kemalangan di Perancis
  • SUKAN

Pelumba basikal Colombia meninggal dunia susulan kemalangan di Perancis

Utusan Sarawak 3 hours ago
Cristian Camilo Munoz

RIO DE JANEIRO: Pelumba basikal profesional Colombia, Cristian Camilo Munoz, meninggal dunia pada usia 30 tahun susulan kemalangan ketika perlumbaan di Perancis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Dengan rasa sedih yang mendalam dan terkejut […] kami meratapi kematian atlet berbakat ini,” kata Persekutuan Berbasikal Colombia.

Bekas rakan sepasukan bintang terkenal Tadej Pogacar itu meninggal dunia akibat nahas yang dialaminya pada Sabtu lepas semasa perlumbaan Tour du Jura di Perancis.

Pasukannya, Nu Colombia, menyatakan bahawa Munoz pada mulanya dirawat kerana kecederaan lutut susulan kemalangan itu dan kemudiannya dipindahkan ke sebuah klinik di Oviedo, utara Sepanyol.

Doktor di sana mendiagnosis jangkitan yang sukar dikawal dan, walaupun mendapat sokongan perubatan, keadaan beliau merosot serta timbul komplikasi yang membawa kepada kematiannya.

Munoz berasal dari Boyaca di tengah Colombia – sebuah kubu kuat sukan berbasikal di timur laut ibu negara Bogota – dan telah menyertai Pasukan Nu Colombia sejak 2024.

Dari 2019 hingga 2021, beliau berlumba untuk Pasukan UAE yang disertai Pogacar.

Pencapaian paling ketara beliau termasuk kemenangan peringkat di Vuelta de la Juventud, sebuah perlumbaan remaja kebangsaan di Colombia.

Persekutuan Berbasikal Colombia menyatakan bahawa kematiannya meninggalkan “kekosongan yang amat besar dalam sukan berbasikal Colombia dan di hati semua mereka yang berpeluang mengenalinya.”

Ia menyatakan bahawa beliau akan dikenang kerana “dedikasi, disiplin, dan kualiti kemanusiaannya baik di dalam mahupun di luar peloton.”

Sebagai tanda hormat, pasukannya menarik diri daripada Tour of Asturias yang sedang berlangsung di Sepanyol, menurut satu kenyataan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Saberkas Meradong perkasa pembangunan belia melalui kejohanan bola sepak 9 sebelah
Next: Pelumba basikal Colombia meninggal dunia susulan kemalangan di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.