Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jaguh boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia hari ini.

Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.

Pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.

Nama Nor Farah mencuri perhatian selepas dia berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lepas.

Pemain berusia 24 tahun ini turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.

Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki.

— BERNAMA

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak