Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Nidji bakal gegar Kuching April ini
  • HIBURAN

Nidji bakal gegar Kuching April ini

Utusan Sarawak 3 months ago
NIDJI

SETELAH beraksi di bandar raya Miri pada 3 Februari 2024 menerusi konsert ‘Nidji: Pelangi Di Miri’, kumpulan legenda popular Indonesia, Nidji meneruskan aksi persembahan mereka di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada 26 April 2025 sebagai melengkapkan kesinambungan aksi mereka di Sarawak.

DRAMA Band

Dibawakan khas oleh kerjasama strategik di antara HMK Production & Coms Creative Studio, produk sulung konsert ‘Nidji: Pelangi Di Kuching 2025’ ini bakal memukau lebih 5,000 peminat di Sarawak yang turut meraikan warisan muzikal dan hubungan erat Nusantara.

Tampil dengan tema lebih energi lagu-lagu baharu mereka, Buang Buang Waktu, Zayang-Zayang, Lampu Hati berserta nostalgia Hapus Aku, konsert ini bakal mencipta keajaiban pada malam tersebut.

THE Beretta’s

Turut memeriahkan konsert ini adalah aksi pembukaan oleh beberapa bakat tempatan Sarawak iaitu Bob Yunus, Zah Amirul serta Dramaband dan The Beretta’s yang diterbangkan khas dari Semenanjung untuk menggegarkan pentas yang bakal bermula seawal 5.00 petang.

Dengan kerjasama Rakan Strategik Konsert ini iaitu dari TVS, Sarawak Skills Kuching, Unimas, Kelkatu TV, Hotel UCSI College, dan RTM Sarawak ia akan memberi satu impak media meluas di seluruh Borneo.

ZAH Amirul

“Kami turut merancang untuk mengadakan karnival sampingan iaitu Karnival Pembudayaan Setempat

yang akan memeriahkan suasana dengan pelbagai reruaijualan serta persembahan kebudayaan.

Menjangkakan sokongan dari pihak korporat dan konglomerat, konsert ‘Nidji: Pelangi Di Kuching 2025’ ini bakal mencorak sejarah terbaik penampilan Nidji di Sarawak buat sekian kalinya.

BOB Yunus
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Mimi Lana sah jadi milik Syafiq Kyle
Next: Krisdayanti kembali dengan ‘Cinta Nostalgia’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.