Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Niat pancing ikan, buaya pula sangkut pada mata kail
  • WILAYAH

Niat pancing ikan, buaya pula sangkut pada mata kail

Utusan Sarawak 2 years ago

Seekor buaya sepanjang tiga meter tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di Sungai Kampung Hilir Betong di sini pagi tadi.

BETONG: Seorang pemancing terkejut apabila seekor buaya sepanjang tiga meter tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di Sungai Kampung Hilir Betong dekat sini pagi tadi.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bergegas lokasi setelah menerima laporan, mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap buaya itu sebelum ia berjaya dinaikkan ke darat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong, Lt (PA) Desem Samuel berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi tadi.

“Sepasukan empat anggota APM yang diketuai Sarjan (PA) Micheal Awan Aing dikerahkan ke lokasi sejurus selepas itu.

“Setiba di lokasi, didapati seekor seekor buaya masih tersangkut pada mata kail.

“Kita berjaya menangkap dan mengikat reptilia itu sebelum membawanya balik ke Pejabat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Betong.

“Ia kemudian diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak APM Betong berterima kasih kepada pengadu kerana menghubungi kami mengenai penemuan ini.

“Tindakannya telah menyelamatkan nyawa penduduk kampung di samping melindungi buaya katak berkenaan,” kata Desem.

Desem turut menasihati orang ramai sekiranya menjumpai binatang liar atau berbisa diminta terus menghubungi APM atau bomba yang lebih berpengalaman dalam menangani situasi terbabit.

Oleh VALENTINE NGUMBANG & ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: 50 keluarga bakal lega setelah seringkali tertekan
Next: Tangki air bertingkat atasi masalah tekanan air rendah di Ulu Sungai Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.