Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, peniaga akan memantau perkembangan semasa dengan teliti selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memulakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menamatkan perang di Ukraine.

Trump juga telah mendedahkan pelan tarif timbal balik baru-baru ini.

“Peniaga emas akan mendapati diri mereka terperangkap di antara dua kuasa yang bertentangan — optimisme terhadap potensi penurunan ketegangan di Eropah Timur yang boleh mencetuskan dorongan jualan dan perkembangan mengenai rancangan tarif.

“Ia untuk memutuskan sama ada kekal pada logam paling selamat itu sebagai pelindung nilai terhadap ketidakpastian dalam dasar perdagangan global,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 melonjak kepada AS$2,932.20 setiap auns troy daripada AS$2,871.50 setiap auns troy pada minggu lepas, manakala kontrak Mac 2025 meningkat kepada AS$2,939.30 setiap auns troy daripada AS$2,882.50 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 semuanya lebih tinggi kepada AS$2,946.70 setiap auns troy daripada AS$2,888.10 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 231 lot daripada 238 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 104 kontrak daripada 69 kontrak pada minggu lepas.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association, semalam, harga emas fizikal berada pada AS$2,915.30 bagi setiap auns troy. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ekoran cuaca, harga dagangan di pasaran getah dijangka sedikit tinggi minggu depan
Next: Harga LPG subsidi RM26.60 tapi di lokasi jauh, terpulang budi bicara peruncit – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.