Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Neylar masih perlu rehat – Junior
  • SUKAN

Neylar masih perlu rehat – Junior

Utusan Sarawak 8 months ago

Neymar dijangka berehat lebih lama. -Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Jurulatih Brazil, Dorival Junior meminta Neymar diberi masa sebanyak yang dia perlukan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang menyaksikan dia diketepikan hampir setahun.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan meniskus dan ligamen anterior cruciate ketika menjalankan tugas antarabangsa Oktober lalu.

Neymar menjalani pembedahan dan akhirnya kembali berlatih pada Julai, tetapi pemain berusia 32 tahun itu masih belum membuat kemunculan semula dengan pengurus Al Hilal, Jorge Jesus menyatakan minggu ini bahawa dia belum bersedia.

Penyerang itu sekali lagi tidak tersenarai dalam skuad Brazil untuk kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Chile dan Peru bulan depan.

“Kami tahu betapa pentingnya dia. Kami menunggu kehadirannya, kami perlu bersabar. Tidak mengapa jika dia tidak kembali pada Oktober, November atau hanya pada Februari.

“Dia perlu yakin dan pulih sepenuhnya,” kata Dorival.

Dorival memanggil kembali pemain sayap Barcelona, Raphinha dan penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli dengan trio Real Madrid, Vinicius Junior, Rodrygo dan Endrick sebagai pilihan di bahagian serangan untuk memperkuatkan juara dunia lima kali itu.

Brazil hanya mengumpul 10 mata dari lapan perlawanan kelayakan selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir mereka, menyebabkan mereka berada di tangga kelima dan hanya satu mata di atas Paraguay yang menduduki tempat play-off.

Selecao akan berdepan Chile di Santiago pada 10 Oktober sebelum perlawanan kelayakan di tempat sendiri menentang Peru lima hari kemudian di Brasilia. – AFP

Continue Reading

Previous: Dulu kerja di pasar raya, kini kejar pingat demi Malaysia – Azlan Mos
Next: Para SUKMA: Dulu kerja di pasar raya, kini kejar pingat demi Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.