Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nelayan maut terkena tembakan
  • NASIONAL

Nelayan maut terkena tembakan

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA BHARU, 17 Ogos -- Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat (kanan) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan. Kejadian itu berlaku pada 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… DCP Shafien Mamat ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam. Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan. • Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

“Siasatan awal polis mendapati anggota APMM yang sedang menjalankan rondaan di bawah Op Kuda Laut, telah menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara.

“Ketika bot berkenaan ditahan, berlaku provokasi menyebabkan anggota APMM berkenaan telah melepaskan tembakan dan terkena tubuh mangsa yang berumur kira-kira 30-an itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Shafien berkata tembakan yang dilepaskan oleh anggota APMM berkenaan adalah ketika bertugas dan mempunyai peruntukan undang-undangnya yang tersendiri.

Beliau berkata mayat nelayan warga asing itu telah dibawa ke darat dan sedang menunggu untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh semalam, manakala baki 12 nelayan asing yang berada di dalam bot berkenaan juga sedang dibawa ke darat oleh APMM ketika ini untuk siasatan lanjut.

Katanya buat sementara waktu, pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan.

“Pihak kami masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kes ini kerana APMM Kelantan masih belum membuat laporan polis,” katanya.
— Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga rentung, sembilan terselamat dalam kemalangan
Next: Sukuk Prihatin bantu pulihkan ekonomi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.