Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Negara G7 digesa sumbang dana
  • GLOBAL

Negara G7 digesa sumbang dana

Utusan Sarawak 4 years ago

Britain's Prime Minister Boris Johnson (R) and South Africa's President Cyril Ramaphosa take part in a bilateral meeting at the G7 summit in Carbis bay, Cornwall on June 13, 2021. (Photo by Stefan Rousseau / POOL / AFP)

LONDON: Presiden Afrika Selatan gesa kumpulan G7 untuk membantu membiayai program Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan ujian saringan, rawatan dan vaksin Covid-19.

Cyril Ramaphosa berkata negara G7 yang menyumbang separuh daripada output global perlu menyokong akses kepada peralatan Covid-19 bagi menutup jurang 16.8 bilion bagi tahun ini.

Beliau turut sama menyertai sidang kemuncak G7 di England pada Ahad.

Tambah Ramaphosa, terdapat keperluan mengatasi pembiayaan besar untuk ujian saringan, rawatan dan bekalan kritikan seperti oksigen.

Program ACT Accelerator WHO bertujuan mempercepatkan pengeluaran dalam memastikan akses adil kepada ujian saringan, rawatan dan vaksin Covid-19.

Kata Ramaphosa, sekiranya semua negara G7 memenuhi sasaran tersebut, inisiatif itu akan dua pertiga dibiayai dengan 90 peratus daripadanya oleh kesemua negara G20 jika negara-negara berkenaan memberikan sumbangan sewajarnya.

Ramaphosa turut mendesak anggota G7 menyokong pengecualian Hak Harta Intelek Berkaitan Perdagangan (TRIPS) untuk paten vaksin Covid-19 dan terlibat dengan rundingan untuk meningkatkan pengeluaran vaksin.

Jelasnya, sekiranya dunia mahu keluar daripada krisis tersebut, adalah penting untuk bekerjasama dan menggerakkan sumber-sumber ke negara-negara yang memerlukan.

Kira-kira 90 peratus negara Afrika akan tersasar program vaksinasi untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus populasi mereka menjelang September susulan gelombang ketiga yang melanda benua itu.-AFP

Continue Reading

Previous: Magawa bersara dari perkhidmatan
Next: Sumbang 100 juta dos kepada negara miskin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.