Nasib Undik dapat perhatian

Facebook
WhatsApp
TINJAU… Awla Dris (kiri) ketika meninjau sebahagian ruang bilik yang terbakar.

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Rumah Panjang Sungai Bulu, Simunjan, Undik anak Chelum mendapat perhatian.

Ia berikutan keperihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris yang turun padang melawat beliau semalam.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau (Undik anak Chelum).

“Diharap beliau tabah menempuhi musibah ini dalam keadaan sama penduduk di rumah panjang berkenaan meraikan sambutan Hari Gawai,” ujar Awla ketika ditemui.

Menurut Awla, mujur kebakaran yang berlaku hanya meranapkan sebahagian bilik milik mangsa dan ia berjaya dikawal. “Apa pun, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada selain menitikberatkan soal keselamatan untuk mengelak masalah yang tidak diingini berlaku,” tambah beliau lagi.

Oleh Faizal Bujang

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat