Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nanta nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo
  • SEMASA

Nanta nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi

SIBU: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan skandal rasuah membabitkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang tular menerusi satu saluran Telegram.

Menurut Nanta, mesej berkenaan mengandungi tuduhan langsung terhadap dirinya selaku Menteri Kerja Raya Malaysia, yang disifatkan sebagai fitnah, tidak berasas dan berniat jahat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan tersebut.

“Sebagai ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan yang menjunjung amanah serta komited menjaga kepentingan rakyat dan negara, tuduhan ini bukan sahaja mencemarkan imej serta integriti saya, malah turut menjejaskan reputasi Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu turut melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran mesej berkenaan yang bukan sahaja berlaku di Telegram, malah tersebar luas di pelbagai platform media sosial lain, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau di Balai Polis Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur, semalam bagi menafikan dakwaan tersebut serta meminta siasatan segera dijalankan.

“Saya memberi komitmen penuh untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini.

“Perlu saya tegaskan, fitnah tidak boleh dijadikan alat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu, lebih-lebih lagi demi kepentingan politik atau agenda peribadi,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sir Jeffrey Cheah Sunway Medical School mahu transformasi pendidikan perubatan
Next: 21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, India selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.