Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nancy janji lakukan terbaik untuk Santubong
  • PRU-15
  • SEMASA

Nancy janji lakukan terbaik untuk Santubong

Utusan Sarawak 3 years ago

Dato Sri Nancy Shukri

SHAHRUL QAIZAT

KUCHING: Dato Sri Nancy Shukri berjanji akan melakukan yang terbaik untuk penduduk kawasan Parlimen Santubong selain usaha untuk terus mengekalkan kerusi itu di tangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau juga berharap penyandang kerusi Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi sokongan kepadanya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak atas peluang dan kepercayaan beliau berikan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Santubong.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Dato Sri Wan Junaidi kerana beliau dan pasukannya sudah melakukan kerja yang sangat baik di Parlimen Santubong.

“InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk memenangi kerusi Parlimen Santubong dan saya berharap Dato Sri Wan Junaidi akan memberikan sokongan kepada saya sepanjang tempoh berkempen,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Watikah Calon GPS bagi PRU-15.di Ibu Pejabat Parti PBB Jalan Bako, Petra Jaya hari ini.

Terdahulu, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Nancy berpindah ke Santubong daripada kerusi Batang Sadong yang disandangnya.

Wan Junaidi sebelum ini melahirkan hasrat untuk berundur.

Pengganti Nancy di Parlimen Batang Sadong pula adalah muka baharu, Rodiyah Sapiee.

Continue Reading

Previous: Nancy ke Santubong, Willie tanding Puncak Borneo
Next: Joseph Salang buat kemunculan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.