Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Najib kemuka bukti tambahan
  • MAHKAMAH

Najib kemuka bukti tambahan

Utusan Sarawak 5 months ago
ANTARA dokumen berhubung prosiding pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Titah Adendum di Mahkamah Rayuan, hari ini. Najib, 71, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memulakan prosiding bagi mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum, dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli, dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk mengemukakan bukti tambahan bagi menyokong dakwaannya tentang kewujudan dokumen tersebut, yang didakwa akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Selepas hujahan, panel hakim meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Julai 2024 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap dokumen tambahan yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Datuk Seri Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNODatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin semata-mata dan tidak boleh diterima sebagai bukti dalam mahkamah.

Najib, 71, memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lepas.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Memandu ketika mabuk, langgar penunggang motosikal kena jel 8 tahun
Next: Mahkamah Rayuan kembalikan permohonan Najib berhubung Titah Adendum ke Mahkamah Tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.