Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Najib dibenar peroleh beberapa dokumen dalam kes saman AS$8 bilion 1MDB
  • SEMASA

Najib dibenar peroleh beberapa dokumen dalam kes saman AS$8 bilion 1MDB

Utusan Sarawak 5 hours ago
NAJIB dibenar peroleh beberapa dokumen dalam kes saman AS$8 bilion 1MDB.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan sebahagian permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan beberapa dokumen berkaitan kes saman AS$8 bilion yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya terhadap bekas Perdana Menteri itu serta tujuh lagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Redzuan Idrus membenarkan Najib mendapatkan lima dokumen termasuk senarai lengkap semua wang, aset atau harta yang dipulihkan, dikembalikan, dihantar pulang atau direalisasikan dan semua dokumen berkaitan penetapan terma serta syarat penyelesaian berhubung kerugian kewangan 1MDB akibat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran tugas fidusiari.

“Plaintif diarahkan, dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah ini, untuk membuat dan menyampaikan kepada defendan pertama (Najib) satu afidavit yang menyatakan sama ada dokumen itu berada atau pernah berada dalam milikan, jagaan atau kuasa mereka, dan mengemukakannya untuk pemeriksaan serta penyalinan.

“Bagaimanapun, perintah itu terhad kepada lima dokumen, yang diakui plaintif bahawa sebahagian daripadanya dimiliki oleh mereka,” katanya.

Beliau juga berkata dokumen itu tidak boleh didedahkan kepada sesiapa selain hakim atau pesuruhjaya kehakiman yang mendengar kes tersebut, kakitangan mahkamah, pihak-pihak dalam saman serta peguam cara dan peguam mereka.

Mohamed Redzuan turut memerintahkan supaya dokumen itu dirahsiakan sepenuhnya, digunakan semata-mata untuk prosiding berkenaan dan tidak disediakan untuk pemeriksaan awam.

Saman itu, yang difailkan pada 7 Mei 2021, pada asalnya menamakan 15 individu termasuk Najib sebagai defendan.

Bagaimanapun, tujuh pihak kemudian digugurkan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu Mohd Hazem Abdul Rahman dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram, dan bekas Ketua Pegawai Kewangan Azmi Tahir.

Defendan lain Loo Ai Swan, Tang Keng Chee, Geh Choh Heng, Vincent Beng Huat Koh, Nik Faisal Ariff Kamil, Kelvin Tan Kay Jin dan Radhi Mohamad.

Saman berkenaan adalah antara 22 yang difailkan 1MDB dan anak syarikatnya bagi menuntut lebih USD23 bilion daripada beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.

– Bernama 

Continue Reading

Previous: Pegawai polis ditemukan meninggal dunia di kediaman 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.