Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf RTP 2025 di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim manfaatkan murid dan guru
  • Selatan
  • WILAYAH

Naik taraf RTP 2025 di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim manfaatkan murid dan guru

Utusan Sarawak 14 hours ago
WILFRED Yap dan Leftenan Kolonel Badrul Hisham menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima oleh jurutera JKR, Sofea Nurazzniza kepada kontraktor yang dilantik.

KUCHING: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 melibatkan kerja naik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Mejar Jeneral Dato Ibrahim di Kem Semenggo Fasa 2 dijangka memberi manfaat kepada murid dan guru sekolah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap menyaksikan majlis penyerahan rasmi Surat Setuju Terima bagi projek tersebut, yang turut dihadiri Pemerintah Kem Semenggo, Leftenan Kolonel Badrul Hisham serta pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek bernilai RM300,000 itu akan dilaksanakan oleh kontraktor cabut undi, Syarikat Pakar Bumiputra, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan Sarawak melalui RTP 2025 bagi menambah baik kemudahan sekolah.

Menurut Wilfred Yap, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan kebajikan dan kemudahan pendidikan di negeri ini terus diberi keutamaan walaupun pendidikan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun pendidikan merupakan tanggungjawab Persekutuan, kerajaan Sarawak memilih untuk bertindak kerana kami tidak mahu pelajar di Sarawak terkesan akibat kelewatan. Keutamaan kami adalah memastikan sekolah-sekolah di Sarawak terus maju,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: APM Marudi pantau kawasan dinaiki air susulan hujan berterusan
Next: Anak ular sawa masuk kedai serbaneka di Pasar Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.