

MOSCOW: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville, kata Gabenor Kentucky Andy Beshear.
Pada Selasa, sebuah pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky, lapor Sputnik/Ria Novosti.
Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.
“Kami percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian dan angka itu mungkin meningkat.
“Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Beshear pada sidang media Selasa.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti