Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas Helikopter: Mayat tiga anggota marin AS ditemukan
  • GLOBAL

Nahas Helikopter: Mayat tiga anggota marin AS ditemukan

Utusan Sarawak 2 years ago
Gambar menunjukkan helikopter dan ambulans digerakkan untuk misi menyelamat susulan kejadian pesawat terhempas di Darwin, Australia. FotoAFP

CANBERRA: Mayat tiga anggota marin Amerika Syarikat (AS) yang terkorban dalam nahas helikopter di sebuah pulau di luar pantai utara Australia ditemukan.

Menurut Xinhua, Pasukan Penggiliran Marin AS Darwin (MRF-D) dalam satu kenyataan pada malam Selasa berkata mayat itu telah dibawa ke Darwin.

Mereka terbunuh selepas helikopter MV-22B Osprey yang membawa 23 anggota terhempas pada pagi Ahad kira-kira 80 kilometer (km) ke utara Darwin di Pulau Melville semasa menjalani latihan.

MRF-D berkata sehingga malam tadi, keadaan dua daripada anggota Marin yang cedera dalam nahas itu dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Royal Darwin Hospital, manakala seorang lagi kritikal dan telah dipindahkan ke Melbourne.

“Punca kejadian masih disiasat,” menurut kenyataan itu. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Bandar Raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan
Next: Lebih 2.7 juta pengundi pilih Presiden ke-9 Singapura hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.