Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nahas Elmina: Laporan akhir boleh diakses bermula hari ini-MOT
  • NASIONAL

Nahas Elmina: Laporan akhir boleh diakses bermula hari ini-MOT

Utusan Sarawak 9 months ago
LAPORAN akhir mengenai siasatan kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina pada 17 Ogos tahun lepas telah disiapkan dan boleh diakses bermula hari ini.

PUTRAJAYA: Laporan akhir mengenai siasatan kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos tahun lepas telah disiapkan dan boleh diakses bermula hari ini.

Dalam kenyataan hari ini Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah menyiapkan laporan akhir nahas pesawat dan ia boleh dimuat turun di https://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a05-23.

Selaras dengan komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan akauntabiliti, laporan akhir yang merangkumi kenyataan fakta dan penemuan terperinci daripada siasatan BSKU telah diterbitkan dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13).

Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang, mengorbankan 10 nyawa iaitu lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan) serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

MOT merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa.

“Kementerian Pengangkutan juga menghargai usaha gigih BSKU dan bertekad untuk meningkatkan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro tersebut,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelarasan gaji baharu untuk 1.6 penjawat awam diketahui hari ini
Next: Perluas kelayakan sijil kemahiran dalam perkhidmatan awam martabat TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.