Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas beca bermotor di Mesir ragut sembilan nyawa kanak-kanak
  • GLOBAL

Nahas beca bermotor di Mesir ragut sembilan nyawa kanak-kanak

Utusan Sarawak 19 hours ago
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi di lokasi nahas selepas sebuah beca bermotor terjunam ke dalam terusan di wilayah Asyut, selatan Mesir, mengorbankan sembilan kanak-kanak. Foto AGENSI

KAHERAH: Sebuah beca bermotor terjunam ke dalam terusan di wilayah Asyut, selatan Mesir semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku di daerah Abu Tig, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pentadbiran wilayah Asyut.

Gabenor Mohamed Alwan melawat lokasi kejadian bagi menyelia operasi mencari dan menyelamat serta menyelaras tindakan bersama pihak eksekutif, keselamatan dan penyelamat, menurut kenyataan itu.

Alwan berkata pentadbiran wilayah mengerahkan semua sumber yang ada bagi menangani tragedi itu, sambil menegaskan bahawa melindungi nyawa dan keselamatan rakyat merupakan keutamaan.

Beliau turut mengarahkan pemasangan penghadang konkrit serta langkah perlindungan lain di kedua-dua tebing terusan itu dengan kerjasama pihak berkuasa sumber air dan pengairan bagi meningkatkan aspek keselamatan serta mengelakkan kejadian sama berulang.

Pentadbiran wilayah itu mengesahkan angka awal korban ialah sembilan orang, manakala dua lagi cedera ketika pihak berkuasa meneruskan prosedur di lokasi kejadian. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Finland tamatkan rangkaian telefon analog selepas 150 tahun
Next: Gelombang haba di Sepanyol ragut lebih 1,000 nyawa pada Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.