Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • NADI inisiatif Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat  
  • SEMASA

NADI inisiatif Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat  

Utusan Sarawak 5 months ago

SIBU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi telah melancarkan tiga Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Sibu, hari ini.

Tiga NADI iaitu NADI Pelawan, NADI Teku dan NADI Salim, tiga NADI tersebut adalah sebahagian daripada 23 NADI baharu yang ditubuhkan di Sarawak yang mula beroperasi pada penghujung 2024.  

Julaihi berkata, jumlah ini adalah tambahan kepada 133 NADI yang sedia ada di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan 156 NADI kini beroperasi sepenuhnya di negeri ini.

“Sebanyak 23 NADI telah diluluskan tahun lepas dengan kos keseluruhan RM6 bilion di bawah Kementerian Komunikasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan NADI Teku, hari ini.

Mengulas lanjut tentang tiga NADI tersebut, Julaihi memberitahu, NADI Salim dibuka pada 15 Oktober 2024, dengan rekod keahlian seramai 938 orang setakat hari ini.  

“NADI Pelawan mula beroperasi pada 16 Oktober 2024, dan telah mendaftarkan 716 ahli daripada masyarakat setempat.  

“NADI Teku yang juga beroperasi sepenuhnya pada 16 Oktober 2024 telah merekodkan seramai 858 ahli berdaftar,” katanya.

Katanya, kerajaan Sarawak telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk melengkapkan NADI khususnya di kawasan luar bandar seperti Hab Digital Sarawak dan banyak lagi.  

“NADI Teku misalnya, 60 peratus pengguna adalah pelajar, manakala 40 peratus daripada masyarakat setempat.  

“Ini telah menunjukkan bukan sahaja pelajar mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan NADI, malah penduduk setempat turut menunjukkan minat,” jelasnya.

Antara objektif NADI adalah untuk menyediakan akses internet kolektif kepada komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan kawasan yang mempunyai liputan perkhidmatan terhad. 

NADI juga bermatlamat untuk memperkasakan komuniti melalui program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi. 

Ia juga bertujuan menyediakan platform kepada masyarakat luar bandar, terutamanya yang berhampiran NADI, untuk menerima maklumat terkini dan tepat mengenai inisiatif kerajaan seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi MADANI), memastikan tiada sesiapa pun ketinggalan dalam kemajuan pembangunan negara. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi dan Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama hidrogen Petronas, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara – PM Anwar
Next: AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.