Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nacho dan Trixie: Pasangan parkit paling aktif membiak
  • GLOBAL

Nacho dan Trixie: Pasangan parkit paling aktif membiak

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR edaran yang diambil di Christchurch pada 20 Mei 2026 dan diterima pada 27 Mei 2026 daripada Yayasan Pemuliharaan dan Hidupan Liar Isaac menunjukkan dua anak burung yang dihasilkan oleh Nacho dan Trixie. Foto AFP

WELLINGTON, New Zealand: Salah satu spesies parkit, burung kakak tua kecil atau sederhana yang berekor panjang paling jarang ditemui di dunia mencatat peningkatan populasi hasil pasangan pembiak aktif yang kini menyumbang lebih 10 peratus daripada keseluruhan populasi spesies itu.

Spesies asli New Zealand, kakariki karaka atau parkit muka oren, berada dalam kategori sangat terancam dan pernah dua kali diisytiharkan pupus sebelum ditemui semula.

Kini, hanya kira-kira 450 ekor burung itu masih wujud, dengan kebanyakannya ditempatkan di kawasan perlindungan dan pulau bebas pemangsa, selain sebahagian kecil hidup liar.

TRIXIE, sebahagian daripada pasangan pembiak spesies parkit kakariki karaka yang jarang ditemui di New Zealand telah menghasilkan Foto AFP 55 anak dalam tempoh dua tahun, mewakili lebih 10 peratus daripada keseluruhan populasi spesies itu. Foto AFP

Pasangan induk, Nacho dan Trixie, dipadankan pada 2024 di Yayasan Pemuliharaan dan Hidupan Liar Isaac di Christchurch dan sejak itu telah menghasilkan 55 anak, termasuk 33 ekor pada tahun ini sahaja.

Pengurus hidupan liar, Leigh Percasky, memuji Trixie yang digelarnya sebagai “ibu hebat”.

“Musim pembiakan sudah berakhir, tetapi ia masih bertelur dan membesarkan anak,” kata Percasky.

NACHO, sebahagian daripada pasangan pembiak spesies parkit kakariki karaka yang jarang ditemui di New Zealand. Foto AFP

“Dalam keadaan ideal, kami mahu ia berhenti supaya dapat berehat, namun tiada tanda-tanda demikian apabila tujuh anak lagi berada dalam kelompok terbaharunya.

“Nacho juga wajar diberi pujian kerana bertanggungjawab mencari makanan untuk Trixie dan anak-anaknya, yang sememangnya tugas yang sangat mencabar.”

Pembiakan Dalam Kurungan

Ketua Program Pemulihan Kakariki Karaka Jabatan Pemuliharaan New Zealand, Wayne Beggs, berkata pasangan pembiak seperti Nacho dan Trixie amat penting bagi memastikan spesies itu tidak pupus.

“Kami bergantung kepada program pembiakan dalam kurungan kerana tanpa program ini, kami tidak dapat mewujudkan habitat baharu,” katanya.

“Populasi liar sangat terdedah kepada ancaman pemangsa, jadi kami sentiasa memerlukan populasi sokongan.”

Percasky berkata Nacho dan Trixie telah memberikan “sumbangan besar” kepada kelangsungan spesies itu, namun berharap pasangan “burung cinta” itu dapat “berehat secukupnya” selepas kelompok anak terbaharu mereka.

“Saya sendiri tidak pasti dari mana mereka memperoleh begitu banyak tenaga,” katanya. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tujuh mangsa terperangkap di gua Laos, penyelam gigih jalankan operasi menyelamat
Next: Pemimpin sindiket jenayah Brazil ditahan di Bolivia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.