Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • NAAM cadang anjur dua kejohanan
  • SUKAN

NAAM cadang anjur dua kejohanan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Abdul Hamid Hasan

PERSATUAN Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) merancang menganjurkan Kejohanan Kebangsaan dan Kejohanan Remaja Kebangsaan dalam tempoh terdekat, selepas ‘sepi’ tanpa sebarang kejohanan tahun ini ekoran pandemik Covid-19. 

Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan berkata Kejohanan Remaja Kebangsaan dijangka diadakan pada November, manakala Kejohanan Kebangsaan dijadual pada Disember, namun venue bagi kedua-dua acara itu belum diputuskan. 

“Tahun 2020 memang tidak ada aktiviti langsung dan hanya dua kejohanan dibenarkan untuk tahun ini. Jadi ini platform terbaik untuk menguji prestasi atlet. Namun lokasi kejohanan masih dalam perbincangan, kemungkinan tidak akan keluar dari kawasan Lembah Klang kerana semua kemudahan ada di sini.

“Satu lagi venue, mungkin di lapangan memanah di Johor, iaitu venue untuk Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai kejohanan antarabangsa yang bakal disertai pemanah negara, Abdul Hamid berkata sekiranya pandemik Covid-19 kembali reda, atlet kebangsaan akan menyertai sekurang-kurangnya tiga acara antarabangsa tahun depan. 

Jelasnya, antara kejohanan yang akan disertai ialah Piala Asia di Bangkok, pada bulan Mac, Piala Dunia di Shanghai, China (Mei) serta kejohanan kelayakan Sukan Olimpik (Tokyo 2020) iaitu Kejohanan Dunia di Paris pada bulan Jun.

“Untuk Sukan Olimpik, kita sasar untuk raih pingat. Sekarang Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun depan, ia memberi ruang dan lebih masa untuk pemanah negara buat latihan sebagai persediaan ke kejohanan kelayakan itu nanti,” katanya. 

Setakat ini, hanya Khairul Anuar Muhamad berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo selepas mara ke saingan akhir Kejohanan Dunia di Belanda pada Jun tahun lalu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Morikawa rangkul kejuaraan pertama
Next: Pemain, pegawai skuad Lang Merah terima gaji Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.