Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • MySejahtera akan ditambah baik dengan ‘Disease Tracker’ wabak hantavirus
  • KESIHATAN

MySejahtera akan ditambah baik dengan ‘Disease Tracker’ wabak hantavirus

Utusan Sarawak 3 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah baik aplikasi MySejahtera dengan menyediakan penjejak wabak hantavirus menerusi menu Disease Tracker pada papan pemuka aplikasi itu sekiranya diperlukan kelak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengesanan penyakit berjangkit berkenaan dengan lebih mudah pada masa nyata.

“Buat masa ini, kami akan melihat dan memantau sebanyak yang boleh. Jika perlu, insya-Allah kami akan memastikan (pengesanan jangkitan hantavirus) disertakan dalam aplikasi MySejahtera.

“Kami harap perkara ini terkawal dan akan reda kerana mungkin dari segi pengalaman selepas COVID-19, kami harus berwaspada pada tahap yang lebih tinggi dan kami tak mahu hantavirus merebak ke mana-mana,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KKM akan menambah baik aplikasi MySejahtera dengan menambah hantavirus ke dalam senarai penyakit yang boleh dipantau melalui menu Disease Tracker pada papan pemuka aplikasi MySejahtera, bagi memperkasakan pengguna dengan akses maklumat titik panas (hotspot) jangkitan di kawasan sekitar mereka secara masa nyata.

Senarai wabak sedia ada pada menu Disease Tracker adalah denggi, tuberkulosis (TB), demam campak, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), COVID-19, rabies manusia dan rabies haiwan.

Beliau berkata walaupun terdapat tiga kematian dan beberapa jangkitan, buat masa ini keadaan dilihat masih terkawal dan melibatkan negara-negara Barat serta belum menunjukkan indikasi penularan ke Asia.

“Dengan hubungan rapat bersama WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan organisasi berkaitan, kami mendapati perkara ini masih terkawal di negara Barat yang terlibat. Waktu sekarang, alhamdulillah terkawal,” katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini dilaporkan berkata KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini pada peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi.

Sebelum ini, Dzulkefly berkata hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan itu.

Media antarabangsa melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran milik Belanda, MV Hondius.- Bernama

Continue Reading

Previous: APM Sarikei anjur program derma darah bantu tambah bekalan darah, Sabtu ini
Next: KKM teliti langkah tingkatkan jumlah jururawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.