Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MyCar tawar aplikasi perkhidmatan penghantaran
  • BISNES

MyCar tawar aplikasi perkhidmatan penghantaran

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Platform Apps Sdn Bhd, pembangun aplikasi MyCar, perkhidmatan e-hailing kedua terbesar di Malaysia berkata aplikasi itu akan dipertingkatkan untuk menawarkan empat perkhidmatan penting secara eksklusif.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata selain perkhidmatan e-hailing, MyCar Super App akan menawarkan penghantaran makanan dan minuman halal, penghantaran barangan dan barang runcit atas permintaan.

Platform Apps berkata aplikasi yang dipertingkatkan itu juga akan merangkumi ciri-ciri tambahan seperti mata terkumpul untuk sistem ganjaran dan sistem keselamatan yang dinaik taraf untuk pembayaran dalam talian, pemilihan lebih daripada dua destinasi dalam satu perjalanan serta perkhidmatan pelanggan 24 jam.

“Dengan menyediakan perkhidmatan penting yang terdapat di dalam satu aplikasi, MyCar Super App adalah pelengkap yang sempurna untuk keperluan harian seseorang terutamanya semasa pandemik Covid-19.

“Selain itu, MyCar Super App diharapkan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”  katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Keputusan tepat PM
Next: Muhyiddin buktikan kemampuan kemudi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.