Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar pamer delima ungu kemerahan seberat 11,000 karat
  • GLOBAL

Myanmar pamer delima ungu kemerahan seberat 11,000 karat

Utusan Sarawak 4 hours ago
MOGOK, lembah delima terkenal di Myanmar, terkenal dengan delima Burma berwarna merah terang, lut sinar lembut dan bercahaya unik. – Foto fail AGENSI

PHNOM PENH: Penemuan delima besar seberat 2,200 gram di Mogok, Wilayah Mandalay baru-baru ini dijangka mengukuhkan lagi reputasi Myanmar sebagai pengeluar delima terkenal dunia.

Media kerajaan The Global New Light of Myanmar pada Jumaat melaporkan delima itu mungkin antara yang paling jarang ditemukan di Myanmar, yang merupakan antara pemain utama dalam industri batu permata.

“Delima yang baru ditemukan itu seberat 2,200 gram atau 11,000 karat, menjadikannya sangat besar, jarang dijumpai dan sukar diperoleh,” menurut media kerajaan itu.

Batu berharga berkenaan ditemukan di Mogok, sebuah pekan terpencil di utara Mandalay yang dikenali sebagai “Lembah Delima”.

Mogok terkenal dengan delima dan nilam berharga yang dilombong di lembah serta kawasan bukit di sekitarnya.

“Delima gergasi itu mempunyai warna ungu kemerahan dengan tona kekuningan dan dianggap memiliki gred warna berkualiti tinggi.

“Ia juga mempunyai tahap ketelusan sederhana, kilauan kaca yang sangat baik serta kekal dalam keadaan semula jadi tanpa sebarang pemprosesan atau penambahbaikan,” menurut laporan itu.

Myanmar sejak berabad-abad lalu diiktiraf kerana batu permatanya terutama delima, nilam, mutiara dan jed berkualiti tinggi.

“Delima Darah Merpati” dipercayai antara delima terbaik di dunia, menurut The Global New Light of Myanmar dalam laporan mengenai industri batu permata pada Disember lepas.

Laman sesawang lelongan terkenal dunia yang beribu pejabat di London, Sotheby’s menyatakan delima paling bernilai ialah delima yang tidak dipanaskan dan dilombong di Burma (Myanmar) serta Mozambique.

Delima juga sering dikaitkan dengan golongan bangsawan serta dipercayai dipakai oleh pahlawan purba sebagai azimat pelindung. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia peroleh hak siaran Piala Dunia FIFA, akses TV di India dan China masih belum pasti
Next: AS batal passport ibu bapa tunggak bayaran nafkah anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.