Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Muzik dunia dan budaya bersatu di RWMF 2026
  • HIBURAN

Muzik dunia dan budaya bersatu di RWMF 2026

Utusan Sarawak 1 day ago
 MENINJAU RERUAI… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat lain melawat dan meninjau reruai pameran sempena Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini. Foto: Norman B

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 terus mencuri tumpuan apabila berlangsung meriah di Kampung Budaya Sarawak, hari ini.

Memasuki sesi petang tadi, suasana festival menjadi lebih hidup dengan kehadiran pengunjung yang semakin meningkat bagi menyaksikan pelbagai persembahan di pentas utama yang menampilkan gabungan muzik dunia serta elemen budaya tempatan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turut melakukan sesi walkabout bagi meninjau sendiri perjalanan penganjuran festival berkenaan.

Beliau meluangkan masa mengunjungi pelbagai reruai pameran, ruang persembahan serta aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang festival berkenaan.

MENINJAU RERUAI… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat lain melawat dan meninjau reruai pameran sempena Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini. Foto: Norman B

Dalam sesi tersebut, Abdul Karim turut beramah mesra dengan pengunjung, peserta serta pempamer yang mengambil bahagian dalam festival bertaraf antarabangsa itu.

Beliau turut meninjau pelbagai produk kraftangan, hasil seni tempatan dan demonstrasi budaya yang dipersembahkan di kawasan perkampungan budaya, yang menjadi antara tarikan utama RWMF setiap tahun.

Suasana sekitar festival dilihat meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan muzik dunia selain meneroka pelbagai aktiviti berasaskan budaya yang disediakan.

SEKITAR suasana Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini yang dimeriahkan dengan pelbagai reruai menawarkan produk kraftangan, makanan tradisional serta aktiviti berasaskan budaya untuk pengunjung. Foto: Norman B

Antara yang menjadi tumpuan ialah persembahan artis dari pelbagai negara yang membawakan gabungan muzik tradisional dan kontemporari, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti festival tersebut.

Selain persembahan pentas, pengunjung turut berpeluang menyertai bengkel seni, demonstrasi kraftangan dan aktiviti interaktif yang memberi pengalaman lebih dekat dengan warisan budaya tempatan serta antarabangsa.

SEKITAR suasana Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini yang dimeriahkan dengan pelbagai reruai menawarkan produk kraftangan, makanan tradisional serta aktiviti berasaskan budaya untuk pengunjung. Foto: Norman B

Reruai makanan juga menerima sambutan menggalakkan apabila menawarkan pelbagai hidangan tradisional Sarawak dan makanan antarabangsa kepada pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Penganjuran RWMF 2026 terus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya dan muzik bertaraf dunia, di samping menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya kepada masyarakat antarabangsa.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: DFP gabung Mak Yong, Shakespeare dalam pementasan rentas budaya 25 Julai ini
Next: RWMF tahun depan mungkin pertimbang diskaun warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.