Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Musim Panas: 23 titik panas dikesan di Sarawak – JPBN  
  • TEMPATAN

Musim Panas: 23 titik panas dikesan di Sarawak – JPBN  

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Sebanyak 23 titik panas (hotspot) telah dikesan di seluruh negeri ini setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata secara amnya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri ini juga masih pada tahap sederhana.

Menurutnya, JPBN serta agensi kerajaan yang berkaitan telah bersiap sedia menghadapi musim panas di Sarawak termasuk dari segi anggota, aset dan peralatan diperlukan.

Selain itu, antara langkah yang telah diambil bagi mencegah pembakaran terbuka adalah mengeluarkan kompaun serta notis amaran kepada pihak terlibat dan memastikan peralatan mencegah kebakaran terbuka dalam keadaan baik.

“Orang awam diminta membantu agensi-agensi kerajaan dalam menghadapi musim panas ini dengan tidak membuat sebarang pembakaran secara terbuka terutamanya di kawasan perumahan dan tanah gambut,” menurut JPBN dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, JPBN turut menasihatkan orang awam untuk menjaga kesihatan mereka termasuk mengurangkan aktiviti di luar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak cadang tawar penerbangan harga rendah
Next: Ops Aidilfitri Serian: JPJ keluarkan 45 notis saman pelbagai kesalahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.