MotoGP semalam mengumumkan musim yang dilanda Covis-19 akan berakhir dengan Grand Prix Portugal di Portimao pada hujung minggu 20-22 November.
Pelumba pasukan satelit Yamaha, Fabio Quartararo mendahului kejuaraan, yang telah dijadualkan semula dan ditunda untuk hanya merangkumi perlumbaan Eropah kerana wabak Covid-19, setelah tiga pusingan.
“Saya sangat bangga bahawa MotoGP akan kembali ke negara saya lapan tahun selepas Grand Prix terakhir, yang berlangsung di Circuito do Estoril pada Mei 2012,” kata Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa, Jorge Viegas dalam satu kenyataan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dorna, Autodromo Internacional do Algarve dan Persekutuan Motosikal Portugal kerana berjaya memenuhi syarat yang diperlukan untuk penganjuran akhir Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM 2020 yang akan berlangsung di Portugal,” tambahnya.
Acara ini akan memberi Miguel Oliveira, yang berada di tangga ke-12 dalam kedudukan dunia menjelang Grand Prix Austria hujung minggu ini, peluang untuk berlumba di tanah air sendiri.
“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya. Saya berlumba di sana dua tahun dalam kejuaraan dunia, satu tahun dalam kategori 125 dan satu dalam kategori Moto3, dan ia adalah tempat yang sangat istimewa,” kata satu-satunya pelumba dari Portugal dalam MotoGP.
“Perasaannay sangat istimewa untuk berlumba di negara asal saya. Fakta bahawa ia adalah perlumbaan terakhir tidak dapat dipercaya, saya akan berlumba dan memberikan semuanya,” tambahnya. – AFP