Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Musim Ligue 1 ‘berakhir’?
  • SUKAN

Musim Ligue 1 ‘berakhir’?

Utusan Sarawak 5 years ago
NOEL Le Graet dipilih sebagai presiden Persekutuan Bolasepak Perancis pada tahun 2011 . – AFP

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet semalam berkata bahawa dia berpendapat musim Ligue 1 Perancis sudah berakhir kerana pandemik Covid-19 .

Sebelumnya, Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe telah mengumumkan bahawa pertandingan tidak dapat dilanjutkan sehingga September.

Kementerian sukan Perancis memberitahu AFP selepas ucapan Philippe bahawa perlawanan sukan tidak dapat dilakukan walaupun di dalam stadium kosong sebelum akhir bulan Julai, dengan membiarkan kemungkinan terbuka dengan beberapa perlawanan masih dapat dimainkan pada bulan Ogos.

“Kami memberitahu lembaga eksekutif, apa yang sudah diketahui, bahawa Ligue 1 dan Ligue 2 tidak akan bermula, bahawa Nasional (divisyen ketiga) tidak akan bermula atau D1 Wanita,” kata Le Graet kepada akhbar Le Telegramme yang berpusat di Brittanny.

“Keempat pertandingan ini sudah pasti berakhir untuk musim 2019-2020,” tambahnya.

Liga Perancis (LFP), yang mengendalikan liga teratas dan divisyen dua, yang dihentikan akibat wabak Covid-19 sejak pertengahan Mac, akan bertemu pada hari JUmaat untuk membuat kesimpulan daripada pengumuman kerajaan.

FFF mengatakan kemudian mereka telah meminta LFP untuk menyelesaikan dua liga tersebut.

Le Graet berkata dua pasukan dan bukannya tiga akan dipromosikan daripada Ligue 2 dengan jumlah kelab yang sama akan tersingkir daripada Ligue 1. – AFP

Continue Reading

Previous: Ketua perubatan FIFA bimbang jika musim diteruskan
Next: Bola sepak, ragbi Perancis digantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.