Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Murray bermain acara pemanas badan Terbuka AS
  • SUKAN

Murray bermain acara pemanas badan Terbuka AS

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on October 07, 2019 Andy Murray of Britain hits a return against Juan Ignacio Londero of Argentina during their first round men's singles match at the Shanghai Masters tennis tournament in Shanghai. - Three-time Grand Slam winner Andy Murray is among four players handed wild cards for this month's relocated Western & Southern Open, organisers said on August 3. (Photo by NOEL CELIS / AFP)

ANDY MURRAY

JUARA Grand Slam tiga kali, Andy Murray adalah antara empat pemain yang diberikan tempat ‘wild card’ untuk Terbuka  Western & Southern bulan ini, kata penganjur semalam.

Bekas juara Wimbledon dan Terbuka AS, Murray diberi slot di samping pemain dari Amerika Syarikat, Tommy Paul, Tennys Sandgren dan Frances Tiafoe untuk acara tersebut, acara pemanas badan menjelang Grand Slam di New York yang bermula pada 1 September.

Terbuka  Western & Southern biasanya diadakan di Cincinnati tetapi dipindahkan ke New York untuk mengurangkan risiko Covid-19 bagi pemain yang ingin melakukan perjalanan untuk pertandingan di Flushing Meadows.

Murray merupakan pemenang di Cincinnati pada tahun 2008 dan 2011, menjadikannya salah seorang daripada enam bekas pemenang yang masuk dalam kejohanan tahun ini bersama Daniil Medvedev, Novak Djokovic, Grigor Dimitrov, Marin Cilic dan Rafael Nadal.

Ia akan menjadi penampilan Jelajah ATP pertama Murray pada tahun 2020. Pemain berusia 33 tahun ini telah dua kali menjalani pembedahan pinggul dan tidak bermain dalam perlawanan rasmi jelajah sejak Piala Davis tahun lalu.

Kejohanan akan berlangsung pada 21 hingga 29 Ogos di Pusat Tenis Nasional USTA Billie Jean King di New York. – AFP

Continue Reading

Previous: Hamilton juara guna tiga roda
Next: Gaji punca Gibson tarik diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.