Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muhyiddin kembali bertugas di pejabat
  • NASIONAL

Muhyiddin kembali bertugas di pejabat

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 4 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi Pra-Kabinet menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Muhyiddin yang sebelum ini menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari susulan seorang pegawai didapati positif COVID-19 kembali memulakan tugas di pejabat hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi Pra-Kabinet menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali bertugas di pejabatnya  di sini semalam setelah menjalani kuarantin selama 14 hari, antaranya dengan mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Melalui perkongsian di laman Facebook rasminya, Muhyiddin memulakan tugas  dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi persidangan video bagi sesi pra-Kabinet.

Perdana menteri kemudiannya  mempengerusikan mesyuarat Kabinet secara persidangan video yang disertai semua anggota jemaah Menteri.

Menteri-menteri Kabinet berada di dalam dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra dan langkah itu adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Muhyiddin menjalani kuarantin bermula 22 Mei lalu selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabatnya disahkan positif Covid-19.

Sepanjang tempoh tersebut, Muhyiddin menjalankan tugas rasminya dengan cara bekerja dari rumah.

Menurut catatan Facebook itu, Muhyiddin pada Selasa (2 Jun) telah sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong kurnia watikah pelantikan TYT Melaka ketujuh
Next: Lelaki miliki dadah, pil kuda ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.