Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muhammad Sanusi MB Kedah ke-14
  • NASIONAL

Muhammad Sanusi MB Kedah ke-14

Utusan Sarawak 5 years ago

ALOR SETAR, 17 Mei -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor melafazkan sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang ke-14 di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Perlantikan ini dilakukan selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN susulan tindakan 23 ADUN yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) Kedah, terdiri daripada 15 ADUN PAS, empat ADUN Bersatu-PN, dua ADUN Barisan Nasional serta dua ADUN Bebas. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor melafazkan
sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang ke-14 di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam. Pelantikan ini dilakukan selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN susulan tindakan 23 ADUN
yang membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) Kedah, terdiri daripada 15 ADUN PAS, empat ADUN Bersatu-PN, dua ADUN Barisan Nasional serta dua ADUN Bebas. • Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di sini.

Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang semalam pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan bahawa Sultan Sallehuddin telah memperkenan pelantikan Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: 10 sedang berhibur bersama GRO ditahan
Next: Pelajar pasca-siswazah dibenar mulakan aktiviti akademik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.