Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MRSM: Tiada kompromi kes buli, ‘You touch you go’ – Asyraf Wajdi
  • NASIONAL

MRSM: Tiada kompromi kes buli, ‘You touch you go’ – Asyraf Wajdi

Utusan Sarawak 2 years ago
PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kejadian kes buli dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), tegas Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi turut meminta ibu bapa pelajar MRSM membuat laporan secara terus kepada beliau sekiranya anak mereka dibuli dan terdapat pihak pentadbir MRSM yang cuba menyorokkan kejadian itu.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP (orang kenamaan) atau VVVIP (golongan amat berpengaruh) mana sekalipun, you touch you go!,” menurutnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata perlakuan buli jika dibenarkan berleluasa tanpa tindakan tegas akan merencatkan segala usaha membentuk peribadi generasi baharu dalam menggalas amanah besar apabila meningkat dewasa.

Menurutnya, MRSM sejak sekian lama banyak melahirkan generasi yang holistik bukan sahaja berilmu tetapi juga diberikan penekanan dalam soal adab, akhlak dan nilai.

“Malah manusia sebeginilah (pembuli) yang apabila memimpin mana-mana organisasi pada masa hadapan akan hilang nilai menghormati orang bawahan, bahkan sewenangnya menindas tanpa rasa belas kasihan dan nilai keprihatinan manusiawi,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung kes buli melibatkan sekolah berasrama penuh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Pada 4 November, polis mengesahkan berlaku kes buli membabitkan pelajar sekolah berkenaan dan kertas siasatan bagi kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: RM265 juta diperuntuk bagi dua komponen Program Penyeragaman Harga 2024
Next: Peneroka FELDA terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah – Ahmad Shabery

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.