Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS mula khidmat bayaran parkir tanpa tunai
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS mula khidmat bayaran parkir tanpa tunai

Utusan Sarawak 7 months ago

LEBIH PANTAS.....MPS memulakan perkhidmatan bayaran parkir tanpa tunai di tempat letak kereta bertingkat Pasar Sentral Sibu, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah memulakan perkhidmatan bayaran parkir tanpa tunai di tempat letak kereta bertingkat Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Pengerusi MPS, Clarence Ting Ing Horh berkata, perkhidmatan bayaran parkir tanpa tunai lebih pantas dan mudah digunakan.

“Bayaran tempat letak kereta tanpa tunai bermula pagi ini, kami berada di sini untuk memastikan kelancaran sistem baharu ini,” katanya dalam catatan Facebooknya, hari ini. 

Katanya, pihak majlis akan memasang lebih banyak sistem pembayaran parkir tanpa tunai di seluruh kawasan bandar Sibu. 

Setakat ini, tempat letak kereta bertingkat di Pasar Sentral Sibu adalah yang pertama di bandar ini menggunakan perkhidmatan bayaran parkir tanpa tunai.

Tempat letak kereta bertingkat yang terletak berhampiran Jalan Khoo Peng Loong itu digunakan oleh pengunjung yang hendak pergi ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pasar Sentral Sibu.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kereta terperangkap dalam laluan banjir
Next: Tugas guru tidak terbatas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.