
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menganjurkan majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 dalam suasana meriah dan penuh warna-warni hari ini, menzahirkan keindahan budaya serta warisan masyarakat Dayak di perkarangan pejabatnya di sini.
Majlis ini bukan sahaja meraikan perayaan Gawai, malah berperanan sebagai platform memperkukuh perpaduan, memartabatkan warisan budaya, serta mempererat kerjasama antara pelbagai pihak, selaras dengan semangat ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi tunjang keharmonian di Sarawak.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak turut menzahirkan penghargaan kepada MPP atas jemputan dan berharap semangat perayaan seumpama ini terus menjadi jambatan penyatuan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Nor Azlan Ibrahim, Ahli-Ahli Majlis MPP, ketua-ketua masyarakat, wakil agensi kerajaan dan swasta serta para pengamal media yang sentiasa menyokong inisiatif komuniti.
Oleh Shikin Mahmud