19 buaya dikesan di hari pertama operasi pemindahan di Sungai Sarikei

Facebook
WhatsApp
OPERASI….Pasukan SFC dan APM Sarikei meninjau populasi sarang habitat buaya pada malam tadi. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Sebanyak 19 ekor buaya, termasuk tiga ekor dewasa dan selebihnya anak buaya, telah dikesan oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei semasa hari pertama operasi pemindahan buaya di Sungai Sarikei.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, operasi tersebut bermula pada 7.30 malam selepas menerima permohonan kerjasama daripada pihak SFC.

“Operasi ini diketuai oleh Ketua Operasi dari SFC, Paul Pawing @ Awing, dan bertujuan meninjau populasi serta habitat buaya di kawasan sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi malam tadi hanyalah fasa pemantauan awal, dan sebanyak 19 ekor buaya telah berjaya dikesan sepanjang tebing sungai.

“Operasi ini dilaksanakan bagi memindahkan buaya yang kerap muncul di kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penduduk setempat,” jelasnya.

Operasi ditangguhkan pada 10.10 malam dan dijadual bersambung pagi ini bermula 9.00 pagi.

Katanya lagi, tiada sebarang kes kecemasan berlaku sepanjang operasi berlangsung.

Lokasi pemindahan buaya akan dimaklumkan kemudian, dan operasi pemindahan buaya dijangka berjalan sehingga 7 Julai ini.

Oleh Earl Anek

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah

Dakwat pada kulit, cerita dalam jiwa

KUCHING: Setiap kali jarum menyentuh kulit, bukan sekadar dakwat yang ditinggalkan. Di sebalik setiap garisan dan corak, tersimpan cerita, kenangan