Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mohd Zaidi calon BN, PRK Slim
  • NASIONAL

Mohd Zaidi calon BN, PRK Slim

Utusan Sarawak 5 years ago

TANJUNG MALIM, 12 Ogos -- Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz (tengah) diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hujung bulan ini. 
Pengumuman pemilihan Mohd Zaidi, 43, dibuat Pengerusi BN Perak Datuk Saarani Mohamad (kanan) selaku Pengarah PRK DUN Slim di Felda Residence di Slim dekat sini petang ini. 
PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas. 
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEMANGKU Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Slim hujung bulan ini. Pengumuman pemilihan Mohd Zaidi, 43, dibuat Pengerusi BN Perak Datuk Saarani Mohamad (kanan) selaku Pengarah PRK DUN Slim di Felda Residence di Slim dekat sini semalam. • Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz berjanji akan memperjuangkan keperluan rakyat sekiranya memperoleh kemenangan kelak.

Menurut Mohd Zaidi, 43, yang merupakan anak jati Slim River yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin agar suara pengundi dalam DUN Slim dapat didengar sebaiknya.  

“Justeru saya memohon semua agar menggembleng tenaga dan berusaha membantu menjayakan kemenangan BN bagi memastikan kemenangan lalu di bawah   Allahyarham Datuk   Mohd Khusairi   Abdul Talib diteruskan,” katanya dalam sidang media khas pengumuman calon BN PRK N.58 Slim di sini semalam.

Mohd Zaidi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO terutamanya Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang memilih beliau sebagai calon bagi PRK DUN   Slim.

Mohd Zaidi, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)   pada 2001.  

Mohd Zaidi, bapa kepada empat orang anak berumur antara lima hingga 16 tahun itu juga aktif dengan aktiviti luar dan sukarela termasuk menjadi Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 2014 hingga 2018.

PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas yang semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bertanding mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu).  

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan calon parti baharu yang ditubuhkannya dikenali sebagai Pejuang untuk bertanding di PRK DUN Slim atas tiket Bebas semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Muhyiddin terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat
Next: Kerajaan komited jayakan agenda Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.