Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mohamed Khaled sertai dialog Shangri-La ke-22 di Singapura
  • SEMASA

Mohamed Khaled sertai dialog Shangri-La ke-22 di Singapura

Utusan Sarawak 2 days ago

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Singapura pada Jumaat untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 (SLD).

Menerusi hantaran di Instagram, Mohamed Khaled berkata dalam rangka lawatan kerja tiga hari, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama rakan sejawat, termasuk dari Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, Jepun, Australia dan Ukraine.

Beliau juga dijadualkan mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama Menteri Pertahanan baharu Singapura, Chan Chun Sing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan perutusan khas di SLD pada Sabtu.

Mohamed Khaled dijadualkan untuk mengiringi Perdana Menteri ke pertemuan bersama Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Mohd Yani Daud, Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) Lt Jen Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri dan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin.

SLD, dihoskan Singapura merupakan persidangan utama pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.

Tahun ini, persidangan itu akan disertai 47 negara, termasuk 40 perwakilan peringkat menteri, 20 ketua angkatan tentera, lebih 20 pegawai kanan pertahanan serta tokoh akademik terkemuka.– Bernama

Continue Reading

Previous: Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pakej haji
Next: PM Anwar ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.