Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mohamad Asfia dilantik semula sebagai Speaker DUN Sarawak
  • TEMPATAN

Mohamad Asfia dilantik semula sebagai Speaker DUN Sarawak

Utusan Sarawak 1 year ago
ISTIADAT mengangkat sumpah Mohamad Asfia di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah berlangsung di kediaman rasmi beliau, semalam. Foto: UKAS

KUCHING: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 16 November ini hingga 15 November 2025.

Hantaran di laman rasmi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semalam memaklumkan lantikan kali kesembilan Mohamad Asfia bagi jawatan itu susulan lantikan kali kelapan Speaker DUN berkenaan bakal tamat 15 November ini. 

“Istiadat mengangkat sumpah Mohamad Asfia di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah berlangsung di kediaman rasmi beliau, semalam.

“Dalam istiadat itu, Tan Sri Mohamad Asfia turut menandatangani surat sumpah sebagai Speaker DUN Sarawak untuk tempoh dua tahun,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, majlis turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Hadir sama Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang dan Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Saferi Ali. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cawangan KPDN Sarawak tawar harga ayam istimewa setiap Jumaat
Next: Usaha Utusan Sarawak melalui program amal ‘Sarawak’s 60 Iconic Businesses’ dihargai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.