Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MLNG hulur bantuan asas kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip
  • Utara
  • WILAYAH

MLNG hulur bantuan asas kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip

Utusan Sarawak 14 hours ago
 ISKANDAR menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan daripada Pengurus Besar MLNG, Khairul Ariffin Idris kepada Tuai Rumah James Kalip.

BINTULU: Seramai 20 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran Rumah James Kalip di Sungai Semanok, Jalan Pesisir Jepak–Kuala Tatau menerima bantuan sumbangan asas daripada Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), anak syarikat Petronas, hari ini. 

Penyerahan sumbangan itu turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee; Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang @ Endawie; serta wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 

Antara sumbangan yang disalurkan termasuk peralatan memasak, dapur, tong gas, makanan kering, minuman mineral serta air kotak bagi membantu meringankan keperluan 104 mangsa yang hilang tempat tinggal susulan kebakaran pada Isnin lalu. 

Iskandar berkata, sumbangan itu menunjukkan komitmen Petronas dan agensi berkaitan dalam membantu komuniti yang berdepan kesukaran.

“Walaupun kelihatan sederhana, bantuan ini sangat bermakna kepada keluarga yang sedang berusaha memulakan semula kehidupan selepas kehilangan tempat berteduh,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MLNG dan semua agensi yang terlibat dalam operasi bantuan tersebut.

“Semangat bekerjasama ini mencerminkan kekuatan komuniti kita.

“Kebersamaan seperti inilah yang menjadikan Bintulu terus kuat dan bersatu,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Besar MLNG, Khairul Ariffin Idris; Pengurus PETRONAS, Araffie Igat; serta Tuai Rumah James Kalip.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Tiong hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip
Next: Kurangkan kesesakan: Laluan terus di Medan Jaya mula digunakan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.