Tiong hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip

Facebook
WhatsApp
Steven menyantuni mangsa kebakaran di Rumah James Kalip, Sungai Semanok, Jalan Pesisir Jepak–Kuala Tatau.

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Dato’Seri Tiong King Sing menghulurkan sumbangan awal kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip di Sungai Semanok, Jalan Pesisir Jepak–Kuala Tatau yang terjejas dalam insiden semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas II beliau, Steven Kong Kai Seng dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Endawie @ Bujang serta kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu.

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 20 pintu rumah panjang itu menerima bantuan tunai RM1,000 sebagai sokongan awal bagi meringankan beban keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Steven menyampaikan sumbangan bagi pihak Dato’Seri Tiong King Sing kepada Tuai Rumah James Kalip.

Selain bantuan kewangan, pelbagai keperluan asas seperti beras, minyak masak, mi segera, makanan dalam tin, air mineral serta barangan harian turut diagihkan hasil kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu bersama Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu mangsa mengurus keperluan segera sementara menunggu bantuan seterusnya daripada agensi berkaitan,” kata Steven selepas penyerahan bantuan itu.

Dalam kejadian sekitar 11.30 pagi semalam, Rumah James Kalip yang terdiri daripada 20 pintu musnah sepenuhnya sekali gus menyebabkan 104 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat ini, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran lokasi kebakaran bagi memudahkan penyaluran bantuan dan urusan kebajikan.

Dalam pada itu, Calvin Ligong berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Reis serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuka kaunter bergerak bagi membantu mangsa yang kehilangan dokumen penting.

Oleh Carolyne Utih

AirBorneo disaran sedia Wi-Fi dalam pesawat

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo, mempertimbangkan pemasangan