Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MITI lakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen esok
  • NASIONAL

MITI lakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen esok

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC).

“Esok, kita akan bedah siasat kesannya dan juga tindak balas Malaysia,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial X beliau hari ini.

Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.

Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.

Sidang khas 5 Mei yang diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menjadi platform utama untuk para menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pertandingan cerpen Tamil serlah bakat, subur sastera – Teo
Next: Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.