Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Minnesota isytihar darurat
  • GLOBAL

Minnesota isytihar darurat

Utusan Sarawak 5 years ago
SEORANG polis menggunakan kekerasan ketika menahan Floyd biarpun lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu.

WASHINGTON: Gabenor Tim Walz pada Khamis mengisytiharkan darurat di Minnesota semalam selepas tunjuk perasaan ekoran kematian George Floyd bertukar menjadi ganas.

Menurut agensi berita Xinhua, Floyd maut pada petang 25 Mei lalu sejurus seorang polis menggunakan kekerasan ketika menahannya biarpun lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu.

Lelaki itu dikatakan sukar bernafas apabila anggota polis terbabit menekan leher mangsa dengan lututnya.

Perintah darurat dikeluarkan Walz selepas Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey memohon sesuatu dilakukan memandangkan banyak kerosakan dan keganasan berlaku dalam rusuhan yang tercetus pada Rabu malam itu di Minneapolis..

“Keadilan mesti ditegakkan, kematian George Floyd perlu dibela,” kata Walz dalam satu kenyataan.

“Sudah sampai masanya untuk membina semula sistem keadilan kita.”

Protes pada awalnya berlangsung secara aman, bertukar ganas apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan dan bertindak membakar beberapa buah bangunan berhampiran lokasi kejadian.

Demonstrasi turut merebak ke beberapa bandar lain termasuk Los Angeles dan Memphis. – Bernama

Continue Reading

Previous: Veteran perang berjalan 23 kilometer kutip dana
Next: WHO gesa henti rawatan guna ubat malaria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.