Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Miller sah sertai KTM
  • SUKAN

Miller sah sertai KTM

Utusan Sarawak 3 years ago

JACK Miller

PELUMBA kelahiran Australia, Jack Miller yang bersama Ducati dalam perlumbaan MotoGP musim ini sah menyertai KTM bagi saingan musim depan.

Miller yang memenangi perlumbaan MotoGP sebanyak tiga kali sah mengikat kontrak bersama pasukan baharunya itu bagi tempoh dua tahun dan akan menggantikan Miguel Oliveira.

Setelah menghabiskan lima musim terakhir bersama Ducati, termasuk kempen semasa 2022, Miller kini akan berpindah ke pengeluar ketiganya yang berbeza sejak membuat debut MotoGP pada 2015 bersama Honda.

Pertukaran Miller ke KTM juga akan menyaksikan dia bersatu semula dengan bekas bos Pramac Ducati, Francesco Guidotti, yang menjadi Pengurus pasukan Red Bull pada awal tahun ini.

“Mempunyai Miller bersama Brad (Binder) dalam pasukan kami bermakna kami mempunyai satu lagi aset yang kukuh.

“Saya mengenalinya dengan baik, tahu bagaimana dia suka bekerja dan apa yang dia boleh bawa dalam pasukan.

“Saya percaya wataknya dan cara dia menunggang sertai akan banyak membantu kami pada peringkat projek kami ini,” kata Guidotti.-AFP

Continue Reading

Previous: Bola sepak boleh beri kejutan
Next: Raikal terus unggul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.