PENGENDALI Inter Milan, Antonio Conte memberi amaran kejayaan kelab itu melangka ke final saingan Eropah tidak akan dikenang atau memberi makna kecuali mereka berjaya menundukan sevilla.
Gergasi Itali itu tidak menjulang sebarang piala dalam tempoh sembilan tahun bagaimanapun melakarkan kejutan pada tahun pertama di bawah kendalian Conte dan kini hanya satu mata ketinggalan kepada juara bertahan Juventus dalam saingan Serie A.
Mereka turut menyingkirkan Getafe, Bayer Leverkusen, Shakhtar Donetsk sejak saingan Liga Europa bermula awal bulan ini di Jerman utara.
Conte yang pernah menjulang Liga Juara-Juara ketika bersama Juventus mempunyai lebih banyak pengalaman tewas di pentas akhir kejuaraan utama dengan dua kali di Liga Juara-Juara dan Piala Dunia 1994 serta Euro 2000 bersama Itali.
“Apa yang saya sedar adalah, orang hanya akan ingat bila anda menang,” kata bekas pemain Juventus, Chelsea dan pengendali Itali.
“Saya menang Liga Juara-Juara tapi tewas di empat final dan orang hanya ingin pada sejarah ketika anda menang perlawanan dan menjulang trofi.
“Kami seharusnya bangga apabila mara ke pentas akhir selepas 10 tahun, terutama sebagai sebuah kelab berprestij seperti Inter. Tapi sejarah hanya akan dilakarkan oleh mereka yang bergelar juara. Ia adalah motivasi tambahan untuk kami keluar dan menang.”
Conte dikenali dengan kejayaan memberi impak yang cepat ketika mengendali sesebuah pasukan. Dia menduduki tempat teratas liga pada musim pertamanya di Siena, Juventus dan Chelsea namun percaya tahun pertamanya di Milan akan semakin meningkat.
“Persepsi saya selepas bekerja dengan pemain ini dari hari ke hari, kesemua mereka bekerja keras dan menjadi lebih berani selepas lebih lama beraksi.
“Semakin berani kita, semakin besar peluang untuk membawa pulang piala besar seperti Liga Europa.-AFP