Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MIDF unjur IHP sederhana pada 3.0 peratus bagi 2023
  • BISNES

MIDF unjur IHP sederhana pada 3.0 peratus bagi 2023

Utusan Sarawak 2 years ago
KETUA Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semua subsektor merekodkan peningkatan pada suku ini kecuali indeks maklumat dan komunikasi yang tidak berubah.

KUALA LUMPUR: Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan inflasi yang ditunjukkan menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP) tahun ini menjadi sederhana kepada 3.0 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.

Bank pelaburan itu menjelaskan inflasi lebih rendah seperti yang ditunjukkan dalam Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) serta penurunan berterusan IHPR bagi industri pengeluaran barangan pada -1.4 peratus tahun ke tahun bagi suku ketiga berbanding -4.1 peratus pada suku kedua menunjukkan pengurangan tekanan kos yang membawa kepada penyederhanaan berterusan dalam inflasi IHP.

“Bagaimanapun, kami masih bimbang mengenai inflasi makanan seperti yang ditunjukkan peningkatan kos berterusan dalam perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), yang merupakan penyumbang utama kepada peningkatan berturut-turut IHPRP keseluruhan dari suku sebelumnya.

“Walaupun tekanan kos berkurangan telah mendorong inflasi menjadi sederhana, kami menjangkakan peningkatan semula tekanan kos boleh membawa kepada peningkatan mendadak inflasi harga pengguna dalam beberapa bulan akan datang,” jelasnya dalam nota penyelidikan, hari ini.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan IHPRP Malaysia meningkat 1.4 peratus kepada 115.4 mata pada suku ketiga tahun ini daripada 113.8 mata pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semua subsektor merekodkan peningkatan pada suku ini kecuali indeks maklumat dan komunikasi yang tidak berubah.

IHPRP adalah untuk mengukur perubahan harga pengeluar bagi sektor perkhidmatan tempatan di Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Next: Perodua tingkatkan sasaran pengeluaran kepada 338,000 unit menjelang akhir 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.