ANAK kepada pemandu Formula Satu legenda Michael Schumacher, Mick Schumacher merekodkan kemenangan pertama di litar Monza, Itali dalam Kejuaraan Formula 2 Eropah musim ini.
Pelumba Jerman berusia 21 tahun itu menamatkan pelumbaan 3.185 saat di hadapan pelumba Itali, Luca Ghiotto dengan Dane Christian Lundgaard di tempat ketiga.
kemanangan itu merupakan penamat podium keempat berturut-turut Schumacher, dan ketujuh musim ini, mengangkatnya ke ranking ketiga dalam kedudukan pemandu dengan 131 mata.
Pelumba Rusia, Robert Shwartzman, yang berada di kedudukan kelapan, dan Briton Callum Ilott, di kedudukan keenam, terpaksa berkongsi kedudukan pendahulu pemandu perlumbaan selepas terikat dengan 134 mata.
Schumacher melangar tembok ketika sesi kelayakan pada jumaat lalu memberitahu dia mempunyai pasukan teknikal dan mekanik dari Prema Racing Itali yang membantunya untuk memperoleh kejayaan itu.
“Ia malam yang panjang untuk mereka (mekanik).
“Mereka bertahan sehingga jam 2 pagi semalam dan berusaha untuk menyiapkan kereta bagi perlumbaan hari berikutnya.Mereka melakukannya dengan penuh dedikasi, jadi saya sangat bangga dengan mereka,” katanya.
Schumacher yang juga merupakan anatara barisan pemandu muda Ferrari turut dikaitkan dengan perpindahan ke Haas atau Alfa Romeo, dua pasukan Formula 1 yang menggunakan jentera Ferrari, seawal tahun depan
Schumacher merupakan Juara Formula 3 Eropah pada tahun 2018 dan ke-12 musim lalu sebelum mengorak langkah naik ke Formula 2, memenangi satu perlumbaan. AFP